Jejari Ubi

Jejari Ubi sememangnya digemari ramai tidak kira tua mahupun muda.

Jejari Udang

Snek ini sememangnya meliki peminatnya yang tersendiri. Dengan rasanya yang unik pasti menggamit sesiap yang menikmatinya.

Kerepek Ubi Lada Hitam

Snek yang semestinya digilai ramai dan menjadi pilihan sebagai kudap-kudapan di masa lapang.

Kerepek Ubi Masin

Ternyata hidangan ini tetap klasik dan menjadi pilihan mereka yang inginkan rasa kerepek yang asli dan mengasyikan.

Aneka Snek Ringan

Aneka snek ringan seperti Keropok Roda, Keropok Ikan, Kerepek Dhal, Opak BBQ, Kerepek Bawang, dan sebagainya.

Wednesday 16 April 2014

Tempahan Kuih Raya 2014

Tempahan Kuih Raya 2014
-----------------------------------

Salam Sejahtera!

Tempahan kuih raya 2014 kini dibuka. Kami di Jajan Mables mencari peruncit atau pemborong untuk kuih raya keluaran syarikat kami. Produk kuih raya dijamin halal, berkualiti dan memenuhi citarasa masa kini. Kami menggunakan 'unbleach floor' dan marjerin Buttercup demi memastikan kualiti produk2 kuih di tahap maksimum. Sila rujuk senarai kuih dan harga di jadual berikut.




Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh berhubung terus ke :

Call/Whatsapp/Telegram : 019-7914909


Saturday 5 April 2014

Penghantaran Biskut Lidah Kucing@ Rainbow dan kerepek

Assalamualaikum,

Hari Sabtu lepas baru selesai penghantaran stok biskut rainbow kepada customer di Hospital Ampang.
http://www.malaysiacentral.com/information-directory/wp-content/uploads/2010/03/ampang_hospital.jpg 
Kali pertama datang ke hospital Ampang. Nasib baik ada GPS. Jika tidak masak juga nak mencari lokasinya.
 

Sebenarnya, penghantaran adalah sekitar area Klang dan Shah Alam sahaja, namun kebetulan saya mempunyai urusan penghantaran kerepek di Cheras, jadi bolehlah singgah sekali untuk order yang ini.
Hari penghantaran jalan menghala ke selatan agak sesak sedikit. Mungkin sebab hari minggu, ramai yang keluar berlibur di luar. Seterusnya penghantaran kerepek Kak Ameline di Cheras. Seperti biasa GPS masih menjadi panduan untuk ke lokasi penghantaran.


 Sebenarnya penghantaran kerepek sepatutnya saya hantar terus ke premis Kak Amelin di INTI universiti di Nilai. Memandangkan kesempitan masa maka saya hantar terus ke rumah di Pandan Perdana. So, alhamdulillah, selesai penghantaran saya terus bergegas ke kedai bakeri di Puchong sebab stok bekas biskut lidah kucing hampir kehabisan. sekian dulu entry saya kali ini.

Saturday 15 March 2014

Penghantaran ke Uitm Shah Alam

As' salam,

Alhamdulillah, petang tadi selepas selesai urusan di Subang Jaya saya pergi pula ke Seksyen 3 Shah Alam untuk penghantaran kerepek.Kali ini stok kerepek dihantar kepada saudari Alia yang merupakan pelajar kulinari di UiTM Shah Alam.


Pintu hadapan yang merupakan gerbang utama ke UiTM, Shah Alam.


 Stok kerepek siap dibungkus untuk diedarkan.

Kali ini strategi jualan tertumpu kepada pelajar2 universiti yang mana melalui pelajar itu sendiri sebagai agen jualan. Dalam masa yang sama dapat jugak menambah duit poket masing2. Lebih menarik lagi, agen2 ini tidak perlu keluar modal sesen pun sebab konsep jualan secara consignment. Bayaran bergantung kepada jumlah jualan. Cenggitu la cerite nye...ok, sekian dulu untuk kali ini. Bye.

Friday 14 March 2014

Penghantaran Ke Cafe Di INTI Laureate International University, Putra Nilai

As 'salam,

Pagi tadi baru lepas set up satu rak kerepek di cafe INTI International University di Nilai. Sampai2 call Kak Ameline, rupa2 nya dia ada emergency dan sampai lewat sedikit. Kesian, kucing kesayangan dia mati sebab terjatuh dari tingkat 20. Sabar ye kak.
 
 Pintu hadapan INTI universiti.


Cafe kak ameline di pusat pelajar, mcm food court kat pasaraya. Memang besar dan luas dan sememangnya tempat pilihan pelajar yang kelaparan mencari makanan.
Food Court di Student Center

So, rak kerepek pun dah siap dipasang dan menanti pembelinya yang pertama.
 
  
Rak kerepek yang sudah siap.

Ok, sekian update untuk kali ini, jumpa lagi dalam post yang akan datang!.

Thursday 13 March 2014

Rak Kerepek

Assalamualaikum...

#PrayForMH370
Dah masuk hari ke-6 dah ni masih tak jumpa2 MH370. Tak tahulah nasib diorang ni macam mana. Apa pun masih berharap MH370 selamat ditemui walaupun tahu peluang tu agak tipis.

 
Rak Kerepek
Ok, berbalik kepada tajuk post ni, ptg tadi aku pergi ke GM Klang round cari rak yang sesuai untuk kerepek nie. rambang mata juga mencari tak tahu nak pilih yang mana.  Ada yang mahal, ada murah terpulang pada kita nak pilih yang mana. Yang pastinya aku akan cari yang paling murah he he he.


Akhirnya jumpa jugak rak kerepek yang memenuhi kriteria2 yang aku nak. yang pasti harganya pun tidak terlalu mahal. Rak yang aku pilih adalah jenis netting, ada dua kaki dan kerepek nanti akan digantungkan. Kalau tak dapat imagine nanti tengok gambar.
Nie dia, nak angkut balik naik motor nie. Sabor jela. Keta wife bawak pergi kerja so nie je pilihan yang ada. Letih jugak la angkut benda alah nie naik motor.

Tadaa! Rak kerepek yang sudah siap dipasangkan. Rak ini akan ditempatkan di sebuah cafetaria 
 kolej di Cyberjaya.  

Alim2 kucing. 

Encik meow sedang menunggu peluang terbaik untuk menjalankan operasinya.

Ok, rak pun dah siap dipasang. Kerepek pun dah standby untuk dihantar ke peniaga esok. Jumpa lagi!
 

Sunday 9 March 2014

Biskut Lidah Kucing @ Rainbow Cookies

Salam Sejahtera,


Saban hari biskut lidah kucing @ biskut pelangi semakin mendapat tempat. Cubaan membuat biskut lidah kucing@ rainbow cookies. Layan gambar dulu.
 Untuk permulaan, saya menggunakan 4 jenis warna sahaja seperti di atas.

Loyang sudah siap dipenuhkan dan sedia untuk dibakar.


Tadaa!! Biskut yang sudah siap dibakar disejukkan seketika sebelum disimpan.

Biskut pelangi yang sudah siap untuk dimakan!

Okeis, rasa mmg sedap. Krupp krapp...krupp krapp...,tak berhenti mengunyah menikmati biskut yang sedap nie...

Untuk tempahan sila email atau whatsapp saya ye. 10 pelanggan pertama saya akan bagi special price!!OK jumpa lagi.

Monday 1 July 2013

JUALAN KEREPEK SECARA BORONG/CONSIGNMENT

Assalamualaikum,

Kami adalah pembekal dan pengedar pelbagai jenis kerepek dan snek ringan kepada peniaga2, kantin, restoran, kedai2, cafe, jamuan dsb yang telah siap dipek kecil.

Jejari Ubi

Jejari Udang

Ubi Masin

                                                                   Ubi Lada Hitam

                                               
Kerepek yang siap dipek



Peluang untuk pelajar2 kolej/uni yang ingin menambahkan pendapatan secara sambilan.
Tawaran bekalan secara consignment untuk anda dengan syarat anda serius dan benar2 ingin menambahkan pendapatan. Stok kerepek akan kami bekalkan terus ke pintu kolej anda!*


untuk keterangan lanjut/ pertanyaan sila hubungi saya di :
call/whatsapp 018-7914909
email : jajanmables@gmail.com


Lokasi :Banting, Klang, Shah Alam, Puchong, Nilai dan kaw berhampiran


Hubungi:
call/whatsapp 018-7914909
email: jajanmables@gmail.com

Sekian, terima kasih.

mdhazrin

Borang Tempahan

Sila isikan borang ini untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

Nama *
Alamat / Lokasi *
Kategori anda *
Email
Phone
Remarks