Saturday 5 April 2014

Penghantaran Biskut Lidah Kucing@ Rainbow dan kerepek

Assalamualaikum,

Hari Sabtu lepas baru selesai penghantaran stok biskut rainbow kepada customer di Hospital Ampang.

http://www.malaysiacentral.com/information-directory/wp-content/uploads/2010/03/ampang_hospital.jpg 
Kali pertama datang ke hospital Ampang. Nasib baik ada GPS. Jika tidak masak juga nak mencari lokasinya.
 

Sebenarnya, penghantaran adalah sekitar area Klang dan Shah Alam sahaja, namun kebetulan saya mempunyai urusan penghantaran kerepek di Cheras, jadi bolehlah singgah sekali untuk order yang ini.
Hari penghantaran jalan menghala ke selatan agak sesak sedikit. Mungkin sebab hari minggu, ramai yang keluar berlibur di luar. Seterusnya penghantaran kerepek Kak Ameline di Cheras. Seperti biasa GPS masih menjadi panduan untuk ke lokasi penghantaran.


 Sebenarnya penghantaran kerepek sepatutnya saya hantar terus ke premis Kak Amelin di INTI universiti di Nilai. Memandangkan kesempitan masa maka saya hantar terus ke rumah di Pandan Perdana. So, alhamdulillah, selesai penghantaran saya terus bergegas ke kedai bakeri di Puchong sebab stok bekas biskut lidah kucing hampir kehabisan. sekian dulu entry saya kali ini.

0 comments:

Post a Comment

Borang Tempahan

Sila isikan borang ini untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

Nama *
Alamat / Lokasi *
Kategori anda *
Email
Phone
Remarks