Jejari Ubi

Jejari Ubi sememangnya digemari ramai tidak kira tua mahupun muda.

Jejari Udang

Snek ini sememangnya meliki peminatnya yang tersendiri. Dengan rasanya yang unik pasti menggamit sesiap yang menikmatinya.

Kerepek Ubi Lada Hitam

Snek yang semestinya digilai ramai dan menjadi pilihan sebagai kudap-kudapan di masa lapang.

Kerepek Ubi Masin

Ternyata hidangan ini tetap klasik dan menjadi pilihan mereka yang inginkan rasa kerepek yang asli dan mengasyikan.

Aneka Snek Ringan

Aneka snek ringan seperti Keropok Roda, Keropok Ikan, Kerepek Dhal, Opak BBQ, Kerepek Bawang, dan sebagainya.

Saturday 15 March 2014

Penghantaran ke Uitm Shah Alam

As' salam,

Alhamdulillah, petang tadi selepas selesai urusan di Subang Jaya saya pergi pula ke Seksyen 3 Shah Alam untuk penghantaran kerepek.Kali ini stok kerepek dihantar kepada saudari Alia yang merupakan pelajar kulinari di UiTM Shah Alam.


Pintu hadapan yang merupakan gerbang utama ke UiTM, Shah Alam.


 Stok kerepek siap dibungkus untuk diedarkan.

Kali ini strategi jualan tertumpu kepada pelajar2 universiti yang mana melalui pelajar itu sendiri sebagai agen jualan. Dalam masa yang sama dapat jugak menambah duit poket masing2. Lebih menarik lagi, agen2 ini tidak perlu keluar modal sesen pun sebab konsep jualan secara consignment. Bayaran bergantung kepada jumlah jualan. Cenggitu la cerite nye...ok, sekian dulu untuk kali ini. Bye.

Friday 14 March 2014

Penghantaran Ke Cafe Di INTI Laureate International University, Putra Nilai

As 'salam,

Pagi tadi baru lepas set up satu rak kerepek di cafe INTI International University di Nilai. Sampai2 call Kak Ameline, rupa2 nya dia ada emergency dan sampai lewat sedikit. Kesian, kucing kesayangan dia mati sebab terjatuh dari tingkat 20. Sabar ye kak.
 
 Pintu hadapan INTI universiti.


Cafe kak ameline di pusat pelajar, mcm food court kat pasaraya. Memang besar dan luas dan sememangnya tempat pilihan pelajar yang kelaparan mencari makanan.
Food Court di Student Center

So, rak kerepek pun dah siap dipasang dan menanti pembelinya yang pertama.
 
  
Rak kerepek yang sudah siap.

Ok, sekian update untuk kali ini, jumpa lagi dalam post yang akan datang!.

Thursday 13 March 2014

Rak Kerepek

Assalamualaikum...

#PrayForMH370
Dah masuk hari ke-6 dah ni masih tak jumpa2 MH370. Tak tahulah nasib diorang ni macam mana. Apa pun masih berharap MH370 selamat ditemui walaupun tahu peluang tu agak tipis.

 
Rak Kerepek
Ok, berbalik kepada tajuk post ni, ptg tadi aku pergi ke GM Klang round cari rak yang sesuai untuk kerepek nie. rambang mata juga mencari tak tahu nak pilih yang mana.  Ada yang mahal, ada murah terpulang pada kita nak pilih yang mana. Yang pastinya aku akan cari yang paling murah he he he.


Akhirnya jumpa jugak rak kerepek yang memenuhi kriteria2 yang aku nak. yang pasti harganya pun tidak terlalu mahal. Rak yang aku pilih adalah jenis netting, ada dua kaki dan kerepek nanti akan digantungkan. Kalau tak dapat imagine nanti tengok gambar.
Nie dia, nak angkut balik naik motor nie. Sabor jela. Keta wife bawak pergi kerja so nie je pilihan yang ada. Letih jugak la angkut benda alah nie naik motor.

Tadaa! Rak kerepek yang sudah siap dipasangkan. Rak ini akan ditempatkan di sebuah cafetaria 
 kolej di Cyberjaya.  

Alim2 kucing. 

Encik meow sedang menunggu peluang terbaik untuk menjalankan operasinya.

Ok, rak pun dah siap dipasang. Kerepek pun dah standby untuk dihantar ke peniaga esok. Jumpa lagi!
 

Sunday 9 March 2014

Biskut Lidah Kucing @ Rainbow Cookies

Salam Sejahtera,


Saban hari biskut lidah kucing @ biskut pelangi semakin mendapat tempat. Cubaan membuat biskut lidah kucing@ rainbow cookies. Layan gambar dulu.
 Untuk permulaan, saya menggunakan 4 jenis warna sahaja seperti di atas.

Loyang sudah siap dipenuhkan dan sedia untuk dibakar.


Tadaa!! Biskut yang sudah siap dibakar disejukkan seketika sebelum disimpan.

Biskut pelangi yang sudah siap untuk dimakan!

Okeis, rasa mmg sedap. Krupp krapp...krupp krapp...,tak berhenti mengunyah menikmati biskut yang sedap nie...

Untuk tempahan sila email atau whatsapp saya ye. 10 pelanggan pertama saya akan bagi special price!!OK jumpa lagi.

Borang Tempahan

Sila isikan borang ini untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

Nama *
Alamat / Lokasi *
Kategori anda *
Email
Phone
Remarks