Thursday 13 March 2014

Rak Kerepek

Assalamualaikum...

#PrayForMH370
Dah masuk hari ke-6 dah ni masih tak jumpa2 MH370. Tak tahulah nasib diorang ni macam mana. Apa pun masih berharap MH370 selamat ditemui walaupun tahu peluang tu agak tipis.

 
Rak Kerepek
Ok, berbalik kepada tajuk post ni, ptg tadi aku pergi ke GM Klang round cari rak yang sesuai untuk kerepek nie. rambang mata juga mencari tak tahu nak pilih yang mana.  Ada yang mahal, ada murah terpulang pada kita nak pilih yang mana. Yang pastinya aku akan cari yang paling murah he he he.


Akhirnya jumpa jugak rak kerepek yang memenuhi kriteria2 yang aku nak. yang pasti harganya pun tidak terlalu mahal. Rak yang aku pilih adalah jenis netting, ada dua kaki dan kerepek nanti akan digantungkan. Kalau tak dapat imagine nanti tengok gambar.
Nie dia, nak angkut balik naik motor nie. Sabor jela. Keta wife bawak pergi kerja so nie je pilihan yang ada. Letih jugak la angkut benda alah nie naik motor.

Tadaa! Rak kerepek yang sudah siap dipasangkan. Rak ini akan ditempatkan di sebuah cafetaria 
 kolej di Cyberjaya.  

Alim2 kucing. 

Encik meow sedang menunggu peluang terbaik untuk menjalankan operasinya.

Ok, rak pun dah siap dipasang. Kerepek pun dah standby untuk dihantar ke peniaga esok. Jumpa lagi!
 

1 comment:

Borang Tempahan

Sila isikan borang ini untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

Nama *
Alamat / Lokasi *
Kategori anda *
Email
Phone
Remarks